Shoutbox


Surau SBCR

Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Surau SBCR telah dibentuk pada 2 Julai 2011 di Surau Sementara SBCR.

Mesyuarat dihadiri Pengerusi MySBCR En. Azman, Timb, Tn Hj Yunus dan Ketua Blok Semi-D En. Iqram

Tapak yang dicadangkan ialah: Bersebelahan Sek. Agama Integrasi JAIS (yang dalam pembinaan). juga merupakan tapak Dewan

Ahli-ahli Qariah bersetuju mengekalkan Pengerusi JK iaitu Y. Bhg.  Datuk Rasip mengetuai JK ini dibantu Pengerusi Surau SBCR iaitu Tn Hj Zain.

Manakala wakil MySBCR diketuai Tn Hj Yunus (Pen. SU JK) bersama En. Hamid (Bendahari – JK Kewangan) dan En Iqram (AJK – JK Teknikal)

Ahli Majlis S.Utama, En. Fakarudin dilantik sebagai Penasihat. Baliau dan firma arkiteknya bersetuju untuk membantu dari segi rekabentuk dan pelan (sebagai sumbangan) untuk projek pembangunan ini. Terima kasih kepada En. Fakarudin

Mesyuarat juga bersetuju menetapkan sumbangan wajib Qariah SBCR sebanyak RM300 setiap isi rumah. Anggaran pembangunan surau berjumlah RM350k – RM500k.

Status Pembangunan:

1. Sedang menunggu kelulusan pemaju – Glomac bagi cadangan menukar tapak dewan kepada Surau.

2. MDKS dan JAIS/MAIS tiada halangan cadangan di atas.