Shoutbox


MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI MYSBCR

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2011 KOMUNITI MYSBCR

Tarikh: 13 hb. September 2011

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Tuan/Puan yang dikasihi dan dirahmati Allah SWT.

Dengan sukacitanya, satu program lagi jalinan ukhwah untuk kita sebagai warga Komuniti MySBCR akan mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2011.

Objektif  majlis ini diadakan  ialah  untuk kita sama-sama meraikan perayaan ini disamping dapat kita bersua, merapatkan silaturrahim di antara semasa jiran tetangga bagi  warga MySBCR. Pihak Jawatankuasa majlis telah menetapkan, jenis menu makanan yang akan disediakan secara bergotong royong iaitu;

-       Lemang   – Nasi Impit & Kuah kacang  -  Rendang Daging  -  Soto Ayam  – Lontong

PIHAK AJK MENGALU-ALUKAN BAGI YANG KELAPANGAN UNTUK BERGOTONG-ROYONG MEMBAKAR LEMANG (MULA JAM 10.00 PAGI DI TAPAK GELANGGANG MYSBCR

Berikut adalah maklumat mengenai Majlis:

Tarikh/Hari               :  Sabtu, 1 hb Oktober 2011

Tempat                      :  Jalan Seroja 1/1  (Rumah No. 286)

Masa                            :  8.00 malam

Pakaian                     :  Konsep Hari Raya (Lelaki: Berbaju Melayu)

Aturcara majlis;

8.00  malam              : Kehadiran warga MySBCR/ Majlis Ramah mesra

8.30 malam               : DOA / Ucapan alu-aluan Pengerusi Program

8.40  malam              : Ucapan Pengerusi MySBCR

8.50 malam               : Ucapan YDP Majlis Daerah Kuala Selangor

9.15 malam               : Pertunjukkan slide-show MySBCR

9.20 malam               : Jamuan Makan

: Mesra-mesra @ MySBCR.net

: Karaoke @ MySBCR.net

: Lucky Draw

: Pengumuman  Hadiah “ Pakaian Sedondon Keluarga “

: Pertunjukkan Bunga Api

: Sesi Fotografi Beramai-ramai  &  Majlis bersurai

Bagi menjayakan majlis ini, Pihak AJK telah menetapkan sebanyak RM20.00 Seisi Rumah atau seikhlas dari Tuan/Puan . Sumbangan tersebut boleh disalurkan terus kepada nama-nama AJK seperti berikut:

NAMA-NAMA AJK / WAKIL:

SEROJA 1/1 EN. MOHD FAUZI   NO.RUMAH : 214    NO H/P: 019-3143601

SEROJA 1/1 EN HAMIDON          NO.RUMAH :            NO.H/P: 019-3054635

MELATI 1/1 EN REDZWANE     NO.RUMAH :            NO H/P: 019-2607472

MELATI 1/1 EN HAMID              NO.RUMAH: 114     NO H/P: 012-3326698

SEMI-D EN IZWAN                       NO.RUMAH : 307    NO H/P: 013-3631201

EN REDZUAN                                    NO.RUMAH : 365    NO H/P: 019-2033055

HJ. HAIZI                                           NO RUMAH : 399    NO H/P: 019-2832204

Semoga majlis tersebut berjalan dengan lancar, sekali lagi pihak AJK amat berterima kasih di atas sumbangan dan mengalu-alukan kehadiran Tuan/Puan ke majlis yang mulia ini.  Sekian terima kasih.

Yang benar,

HAJI MOHD. YUNUS BIN HAJI MOHAMAD

Pengerusi Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri MySBCR 2011

*************************    POTONG KERATAN     ********************

Nama:………………………………………….No Rumah/Jalan :…………………………

saya dengan ini , bersetuju untuk HADIR / TIDAK HADIR ke Majlis Hari Raya Aidilfitri MySBCR 2011. Bersama-sama ini saya sertakan sumbangan ikhlas sebanyak

RM ……………………………  bagi menjayakan majlis tersebut.

Sekian terima kasih.

 

………………………………………………….

Tandatangan

( Makluman: Sila serahkan  slip maklum balas  kehadiran Tuan/Puan pada atau  sebelum 25 hb. Sept. 2011)

Nota:Jawapan pengesahan kehadiran dan sumbangan boleh diberi kepada:

  1. AJK bertugas di Post Security 1 pada 18 dan 25 hb. Sept. 2011 (Ahad) jam 10.00 pagi – 12.30 t/hari
  2. Jawapan kehadiran melalui SMS ke 019-233 5290 (Hj. Yunus – Pengerusi Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2011) atau ke 019-314 3601 (En. Fauzi)

 

Program Kibarkan Jalur Gemilang dan Sambutan Malam 7 Likur Peringkat MySBCR

Komuniti MySBCR tidak melepaskan peluang bersama-sama mengibarkan hampir 150 Jalur Gemilang dengan menghiasinya di kiri dan kanan jalan. Turut kami sama-sama bergotong-royong ialah menyalakan hampir 300 pelita bagi meraikan kemeriahan lembaran yang bakal menjelma.

Jalur Gemilang adalah sumbangan daripada Pejabat Timb. Perdana Menteri serta sumbangan penduduk setempat.

Manakala pelita adalah hasil inisiatif penduduk dari segi masa, tenaga dan wang ringgit.

Pihak AJK ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua penduduk yang menjayakan kedua-dua program ini dan lebih-lebih lagi kepada Tuan Haji Yusoff Haniff  (Setiausaha Politik kepada TPM), En. Edinor (Ketua Urusetia Projek Kibarkan Jalur Gemilang dan Program Sambutan 7 Likur)


MERDEKA!.. MERDEKA!.. MERDEKA!… SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-54

JALAN MASUK KE SBCR DITERANGI LAMPU PELITA. HAMPIR 300 PELITA BERJAYA DINYALAKAN DI SELURUH KAWASAN MYSBCR