Keselamatan
Pos Security ini berjaya disiapkan dengan semangat Gotong-royong penduduk pada 10 hb. April 2011. Saya bagi pihak barisan AJK Komuniti MySBCR merakamkan jutaan terima kasih kepada semua penduduk yang banyak membantu menyiapkan Pos ini
BERITA TERKINI: KESELAMATAN
SURAT “SECURITY” HARI RAYA” DAN MAKLUMAN PENAMBAHAN MASA KAWALAN PADA WAKTU SIANG 7.30 PAGI – 7.30 MALAM
| MAKLUMAT KHAS SKIM KAWALAN KESELAMATAN MYSBCR |
Tarikh : 8 hb Ogos 2011
Tuan/Puan yang dihormati,
Per: KAWALAN KESELAMATAN SEMPENA CUTI HARI RAYA AIDILFITRI 1432H
1. Sempena cuti hari raya Aidilfitri yang bakal tiba, AJK MySBCR telah bersetuju untuk menggaji kumpulan pengawal keselamatan sedia ada bagi membuat kawalan 24 jam ke atas Komuniti MySBCR sebagai tambahan kepada skim kawalan sedia ada. Kawalan tambahan akan bermula hari Isnin, 29hb Ogos 2011 (jam 7.00 pg) sehingga hari Isnin, 5 Sept 2011 (berakhir jam 7.00pg). Sehubungan itu AJK MySBCR mengalu-alukan setiap pemilik/penghuni/penyewa untuk menyertai skim kawalan ini bagi memastikan keselamatan Komuniti MySBCR di sepanjang cuti perayaan ini adalah lebih terjamin dan secara kolektif. Untuk itu, beberapa ketetapan telah digariskan untuk tujuan ini dan adalah seperti berikut:
a. Bagi ahli-ahli yang telah menyertai skim kawalan keselamatan ini sebelum 31 Dis 2010, skim ini diberikan secara automatik dan mereka tidak akan dikenakan sebarang bayaran tambahan, bagaimanapun;
b. Ahli-ahli perlulah memastikan mereka telah mengemaskini status bayaran bulanan masing-masing. Semakan status bayaran boleh dibuat kepada Ketua Kutipan/Ketua Blok atau Bendahari MySBCR. AJK MySBCR akan membuat lawatan dari rumah ke rumah di sepanjang bulan Ogos ini ke setiap rumah ahli yang tidak/belum mengemaskini status bayaran Skim Kawalan Keselamatan MYSBCR.
c. Kepada penghuni-penghuni baru dan yang masih belum menjadi ahli (pemilik dan penyewa) Komuniti MySBCR, tuan/puan digalakkan menyertai Skim Kawalan Keselamatan (untuk Hari Raya Aidilfitri dan berterusan). Bayaran permulaan untuk menyertai Skim Kawalan Keselamatan ini adalah sebanyak RM 90.00 termasuk RM 10.00 untuk yuran ahli, RM 20.00 untuk kawalan 24 jam cuti Hari Raya dan seterusnya adalah bayaran bulanan sebanyak RM 30.00 (setiap bulan bermula September, Oktober & seterusnya). Bayaran RM 90.00 perlu dijelaskan kepada Ketua Kutipan/Ketua Blok atau Bendahari MySBCR bermula 15hb Ogos 2011. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Ketua Kutipan/Ketua Blok atau Bendahari MySBCR.
d. Tumpuan kawalan adalah kepada rumah-rumah penghuni yang menyertai Skim Kawalan Keselamatan Komuniti MySBCR sahaja. Semua rumah-rumah ahli yang menyertai skim ini akan ditandakan (tag) dengan penanda khas. Ahli-ahli yang telah menyertai dan baru menyertai skim ini juga akan diberi sekeping pelekat percuma kenderaan kereta MySBCR keluaran terbaru bagi tahun 2011 – 2013, manakala untuk pelekat seterusnya dikenakan bayaran RM 2.00 sekeping.
e. Untuk makluman ahli dan bakal ahli keselamatan MySBCR, bermula 4hb. Ogos 2011 pihak AJK Keselamatan telah bersetuju untuk menambah masa kawalan bermula 7 pg – 7 ptg dengan seorang pengawal (Isnin – Jumaat) dan 11 mlm – 7 pg dengan dua orang pengawal (Isnin – Ahad). Sekiranya bilangan ahli mencapai sasaran kepada 90% dan ahli membayar tanpa tunggakan melebihi 2 bulan, Insha’Allah pihak kami bercadang untuk mengadakan kawalan selama 24 jam dengan dua orang pengawal berkawal 12 jam setiap syif bermula 1hb. Oktober 2011.
f. Pada tahun ini pihak AJK Keselamatan tidak akan menerima sebarang permintaan untuk menyertai kawalan keselamatan untuk musim perayaan sahaja. Ini adalah untuk berlaku adil kepada ahli-ahli yang telah menyertai skim kawalan ini semenjak dijalankan pada pertengahan 2009. Pihak kami memohon kepada yang sebelum ini hanya menyertai skim untuk musim perayaan sahaja diharap dapat menyertai untuk kebaikan kita bersama.
2. AJK MySBCR juga ingin mengingatkan kepada ahli-ahli bahawa Skim Kawalan Keselamatan yang diadakan merupakan usaha menghalang (deterrence) dan bukanlah satu jaminan total kepada keselamatan Komuniti MySBCR. Ianya adalah satu persetujuan kolektif yang telah dicapai oleh majoriti ahli-ahli dan kejayaannya adalah bergantung kepada usaha dan kesepakatan semua ahli Komuniti MySBCR.
3. Kepada pemilik/penghuni/penyewa MySBCR diharap dapat mengambil tindakan ke atas maklumat ini. Sekian, Terima kasih.
Yang Benar,
Nor Asmadee Bin Isa
(Pengerusi Biro Keselamatan)
Kes Pecah Rumah yang lalu
1) 16 Disember 2010 – Rumah En. Radha (No. 407 Jalan Seroja 1/1) dipecah masuk hari ini. Menurut En. Radha, pencuri berjaya masuk dengan memanjat tembok dr rumah sebelah, lalu ke balkoni atas dan mengumpil tingkap. Antara barang yang dilarikan ialah TV LCD, barang kemas, jam tangan dan beberapa barangan elektrik lain. Nilai anggaran kerugian RM13,000. Kejadian disedari apabila beliau pulang ke rumah dari kerja petang tadi. Menurut En. Radh, polis mengatakan pada hari ini juga satu kejadian pecah masuk di kawasan SU3
2) Okt. 2010 – Jln Cemara – Seorang perempuan mengandung 2 bulan, ditumbuk perut oleh penjenayah.
3) Okt. 2010 – Jln Bidara – Sebuah rumah berjaya dipecah masuk oleh penjenayah dipercayai Melayu berjaya melarikan perkakas elektrik.
4) Julai-Sept. 2010 – Jalan Seroja 1/1 – 4 buah rumah Grande dipecah masuk. 2 buah pada waktu siang(serentak), berjaya melarikan TV plasma. Kerugian RM5,000
- 2 buah lagi waktu malam, melarikan berpuluh-puluh pasang kasut. Kerugian anggaran RM1,500 – RM2,000.
WASPADA:
1) Maklumat terkini (26 Okt. 2010) kereta Wira Hitam berkeliaran pada waktu siang di kawasan kita (11 pagi – 3 petang). Seorang suri rumah pernah ternampak kelibat mereka yang mencurigakan
Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia .
1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).
2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).
3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu
diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).
4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.
5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama…).
6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba “on and off” kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).
7.. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.
8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan
mereka, mereka akan menundukkan kepala).
9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.
10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat
panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.
11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan
anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.
12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.
13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.
14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.
15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.
16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).
17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.
18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.
19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni…). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.
20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu
masih mempunyai kunci pendua.
21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.
Sumber: Bukit Aman PDRM


