Shoutbox


Author Archive

Cadangan Aktiviti MySBCR 2012

Bil Nama Program Bulan / Tarikh Tempat / Masa Biro Incharge
1 Bowling tertutup Wanita 26 Feb. Monterez Wanita
2 Walimatururus rumah Haji Yunus 10 & 11 Mac No. 395 Seroja 1/1 En. Roslan / En. Zahari
3 Gotong Royong MySBCR, kerjasama dengan Bomba Sg. Buloh (turut dijemput untuk kaunter Rela S.Utama dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 11 April (Rabu)

 

8.00 pagi.

Berkumpul di ‘Post Security 1’

En. Andisyah, Haji Haizi,
4 Program Amal – Wakathon bersama Cads Centre (KL) kerjasama dengan Biro Wanita 22 hb. April 2012 (Ahad) jam 8.00 pagi (Pendaftaran) hingga jam 1.30 petang Tmn Tasik Titiwangsa, KL

(berhadapan Stadium Titiwangsa)

Biro Wanita

Pn. Ara / Pn. Aziyan

Cads Centre –

03-20951218 (Pn. Rozita)

5 Bowling MySBCR 2012 (Tahun ke-2) 20 Mei (Ahad) 8.00 pagi Monterez Bowling Centre En. Fauzi / Biro Sukan
6 Ceramah Motivasi Peperiksaan dan Forum Ibubapaan – How to Score 2012 (UPSR/PMR/SPM) 27 Mei 2012 (Ahad) 8.00 pagi di Balai Raya S.Utama En. Azman
7 Ceramah Israk Mikraj 16 Jun (Sabtu) 9.00 malam En. Nazri / Biro Agama
8 Family Day in Selesa Resort Bukit Tinggi 23 dan 24 Jun (Sabtu/Ahad) 9.00 pagi En. Fauzi /

Biro Rekreasi

9 Treasure Hunt 2012 (Tahun ke-2) 8 Julai (Ahad) 8.00 pagi En. Wan Nong
10 Buka Puasa dan Solat Tarawikh (Tahun ke -3) 28 Julai (Sabtu) 7.00 malam En. Asmadi dan En. Roslan
11 Majlis Hari Raya dan BBQ (Tahun ke-2) 29 Sept (Sabtu) 8.00 malam En. Nazeem / En. Hamidon
12 Ceramah Agama – Ibadah Qurban 2 Nov. (Jumaat) 9.00 malam En. Zainal / En. Suhail
13 Family Trip to Penang atau Selatan (Melaka/JB) Dis. 2012 3 H 2 M En. Mahathir / En. Ridhuan
14 AGM MySBCR 2012 Jan. 2013 9.00 malam En. Izwan /

En. Hamid

15 Kursus Pengurusan Jenazah Akan ditentukan   Pn. Nita / Biro Wanita
  1. Aktiviti (dwi mingguan) – Bacaan Yasin – Biro Wanita
  2. Aktiviti Tazkirah bulanan/dwibulanan – Kaum Bapa – Biro Agama / Keselamatan

 

PERMOHONAN OLEH MYSBCR KEPADA PIHAK KERAJAAN NEGERI SELANGOR / PERSEKUTUAN

Tarikh: 26 hb. Januari 2012

Kepada:

Puan Yang Dipertua

Majlis Daerah Kuala Selangor,

Jalan Semarak 45000

Kuala Selangor,

Selangor DE

Assalamualakum wbt

Y. Bhg Puan,

PER: PERMOHONAN DAN ADUAN

Adalah dimaklumkan kepada pihak Y. Bhg Puan bahawa perkara di atas adalah dirujuk.

Saya mewakili penduduk-penduduk Sungai Buloh Country Resort (SBCR) Saujana Utama Komuniti MySBCR.net – Jalan Seroja 1/1 dan Melati 1/1) ingin mengemukakan beberapa isu dan permohonan di kawasan kami.

 

Terlebih dahulu, untuk makluman Y. Bhg Puan, Komuniti MySBCR.net merangkumi 204 buah rumah (terdiri dari rumah jenis Semi-D Tudor,Grande dan Teres Dua Tingkat Premier1,Premier 2) di sebahagian Jalan Seroja 1/1 dan keseluruhan Jalan Melati 1/1 SBCR.  Daripada jumlah tersebut, hampir 85% rumah-rumah telah didiami penduduk. Komuniti ini walaupun kecil namun mempraktiskan kejiranan yang harmoni, bekerjasama dan prihatin di antara sesama jiran.

 

Selain aktiviti kejiranan dan bergotong-royong, pihak Jawatankuasa juga telah mengadakan kawalan keselamatan yang meronda dari jam 11.30 malam hingga jam 6.30 pagi dan 7.00 pagi – 7.00 malam setiap hari sejak awal tahun 2009. Ini secara langsung membantu pihak polis dalam menjaga keselamatan dan keamanan di kawasan kami. Pihak kami juga sedang dalam usaha dan perancangan untuk mewujudkan kawalan keselamatan selama 24 jam sehari bagi memperlengkapkan lagi aspek keselamatan di dalam komuniti ini.

Melalui Mesyuarat Jawatankuasa Komuniti MySBCR.net yang telah diadakan baru-baru ini, pihak kami ingin memanjangkan permohonan dan aduan kepada pihak Y. Bhg Puan dan pemaju perumahan agar ianya dapat dipertimbangkan.

 

Berikut dibawah adalah cadangan dan perkara-perkara yang dibangkitkan untuk dibawa ke pertimbangan dan kelulusan pihak Y. Bhg Puan serta pihak pemaju:

 

1. Memohon diadakan lampu jalan di jalan masuk SBCR. Simpang masuk ke fasa ini adalah jalan raya mendaki bukit yang tidak mempunyai sebarang lampu jalan. Memandangkan jalan tersebut adalah gelap dan diapit oleh tebing tinggi maka adalah wajar ianya diterangi oleh lampu jalan.

2. Lampu Jalan (sedia ada) tidak berfungsi.

3. Memohon pembinaan tambahan 5 bonggol jalan di Jalan Seroja 1/1 (di hadapan rumah No. 285,365,375) dan di Jalan Melati 1/1 (di hadapan rumah No. 96 dan No. 186) atau yang mana bersesuaian mengikut kajian pihak Y. Bhg Puan. Sebagai justifikasi kepada permohonan, adalah dimaklumkan bahawa Jalan Seroja 1/1 adalah sebahagian dari laluan utama kepada penduduk SBCR fasa terdahulu untuk  berulang-alik. Manakala Jalan Melati 1/1 menjadi tarikan penduduk fasa lain sebagai laluan ‘sight-seeing’ sesuai dengan lokasi jalan tersebut yang terletak di lereng bukit. Penggunaan ini kerap menimbulkan bahaya kerana pemandu atau penunggang motosikal memandu atau menunggang dengan kelajuan yang merbahaya. Sehubungan itu, pembinaan bonggol-bonggol ini boleh membantu memperlahankan kenderaan dan seterusnya mengelakkan kemalangan terutamanya kepada kanak-kanak yang bermain di hadapan rumah masing-masing.

4. Memohon papan tanda jalan untuk jalan masuk ke SBCR (selepas stesyen minyak Petronas Saujana Utama). Sehingga kini, tiada sebarang papan tanda yang dipasang untuk menunjuk arah fasa ini terutamanya di simpang jalan utama Saujana Utama masuk ke fasa perumahan kami. Ketiadaan papan tanda ini adalah menyulitkan terutama kepada pihak-pihak luar yang mengunjungi fasa ini.

5. Memohon menutup longkang utama berhampiran “post security” MySBCR (2 unit) kiri dan kanan jalan

Keadaan longkang yang dalam (hampir 10 kaki kedalaman) amat berbahaya kepada kanak-kanak. Jika ada kanak-kanak terjatuh ke dalamnya, sudah pasti sukar untuk mendengar suara dari kedalaman longkang tersebut.

6. Memohon pembersihan pokok-pokok besar dan lalang tinggi di sepanjang kawasan berbukit SBCR (bersebelahan Petronas)

7. Memohon pemaju membersihkan peninggalan rumah pekerja. Pemerhatian kami mendapati terdapat sampah, tin kosong dan bekas makanan tidak dibersihkan. Menyebabkan kawasan penduduk Jalan Melati 1/1 diselubungi kebimbingan denggi.

8. Memohon cadangan untuk Tapak Gelanggang Komuniti MySBCR. Untuk kegunaan Riadah dan Padang Permainan.

9. Memohon pemotongan rumput dan pembersihan kawasan yang lebih teratur, efisyen dan berjadual.

Komuniti MySBCR.net sedaya upaya berusaha dan menyokong untuk mewujudkan kejiranan yang harmoni, prihatin dan selamat di samping memperindahkan lagi kawasan Saujana Utama. Seterusnya, adalah menjadi harapan pihak kami agar pihak Y. Bhg Puan dan pihak pemaju dapat memberikan pertimbangan sewajarnya ke atas permohonan dan saranan oleh pihak kami. Sekiranya diperlukan, pihak kami bersedia untuk menjelaskan lagi butir-butir di atas melalui perbincangan bersemuka dengan pihak Y. Bhg Puan dan pihak pemaju.

Segala kerjasama dan perhatian pihak Y. Bhg Puan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang Benar.

MOHD AZAMANIZAM BAHARON

Pengerusi Komuniti MySBCR

019-3630725

s.k:

  1. Tn. Hj. Yusuf HM Hanif (Setiausaha Politik kepada YAB TPM)

Tel : 03-8888 1950  Fax : 03-8888 3438

  1. YB Dato’ Amiruddin Setro – ADUN Jeram

Tel : 03-32649003 Fax : 03-32649006

  1. YB Dr. Zulkifli bin Ahmad – Ahli Parlimen Kuala Selangor

Tel: 03-55184530    Fax : 03-55134323     Tel/Fax : 03-32793127 (K.Selangor)

  1. Pengurus Projek Glomac Saujana Utama Tel: 03-6038 6160

treasure-hunt MySBCR 2011

 

 

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

 Tuan/Puan yang dikasihi dan dirahmati Allah SWT.

Dengan sukacitanya, MySBCR akan mengadakan program berbentuk riadah dan rekreasi iaitu Treasure Hunt MySBCR 2011 bagi mengukuhkan lagi tali persaudaraan antara warga MySBCR.

Berikut adalah maklumat program:

Tarikh:                       Ahad, 18 hb. Disember 2011

Masa:                             7.30 pagi – 1.00 petang

Berkumpul:              Balai Raya Saujana Utama (dan tamat pertandingan)

Yuran penyertaan: RM10 seorang.  Penyertaan secara berkumpulan.

Satu kumpulan minimum 3 orang, maksimum 4 orang

Had Umur pemain: 18 tahun dan ke atas (Anak-anak bawah 18 tahun boleh menyertai dan tidak dikenakan bayaran)

Borang jawapan:    Boleh diserahkan kepada Ketua Blok atau mana-mana

AJK atau diserahkan kepada AJK bertugas pada Ahad

27 hb. November 2011 jam 10.30 pagi – 1 petang

Jawapan sebelum: 14 hb. Disember 2011

Terhad:                     20 Kumpulan sahaja

Taklimat:                   Khamis, 15 hb.Disember 2011 9.30 malam

Ketua Kumpulan atau wakil diwajibkan hadir

di Rumah No. 288 Jln Seroja 1/1

Lain-lain info:           1) Pertandingan adalah tertutup dan terdiri warga MySBCR

sahaja.

2) Kawasan ‘Treasure Hunt’ adalah sekitar SU2, SU3 dan SBCR shj.

3) Kumpulan boleh menggunakan kereta dan lain-lain kenderaan

4) Jawapan kepada semua soalan akan diberi selepas pertandingan

5) Sarapan pagi disediakan oleh Penganjur.

Pertanyaan:             012-252 2377 Mahathir (Pengerusi Program)

e-mail: detmenza@gmail.com

Hadiah:                      Tempat 1-5 Wang Tunai, tempat 6-10 Hamper

Semoga dengan penyertaan tuan/puan terhadap program ini akan bertambah meriah dan menyeronokkan.

Yang benar,

Mahathir bin Mohd. Rawi

Pengerusi Program