Shoutbox


Facebook Friends Updates

ADUAN

Tarikh: 12 hb. Oktober 2011

Pengurus Projek

Berlatih Sdn. Bhd (Kontraktor Projek Saujana Utama)

Saujana Utama, 47000

Sungai Buloh

Selangor DE

Tel: 03-6038 6160

Salam Sejahtera,

Tuan,

PER: PINDAHKAN SEGERA RUMAH KONGSI DAN STOR JENTERA BERAT DARI SBCR

Adalah dimaklumkan berhubung perkara di atas adalah dirujuk.

Pihak komuniti MySBCR yang mewakili penduduk Jalan Seroja 1/1 dan Jalan Melati 1/1 SBCR memohon kepada BERLATIH Sdn. Bhd. agar SEGERA PINDAHKAN RUMAH KONGSI DAN STOR PENYIMPANAN JENTERA dari tanah/kawasan SBCR (bersebelahan Petronas) dalam masa 36 jam.

Pihak kami tidak dapat menanggung akibat kegiatan stor tersebut berdasarkan isu-isu serius yang berlaku dalam tempoh seminggu ini.

1)    1 kes denggi berlaku kepada salah sorang penduduk Jalan Melati 1/1. Kita percaya punca denggi ini daripada stor Berlatih ini.

2)    Bukti kepada kes denggi ini ialah pihak Berlatih telah di’kompun’ oleh MDKS kerana terdapat nyamuk di kawasan stor Berlatih.

3)    Kerja-kerja ‘forging’ nyamuk telah diambil pada minggu lepas.

4)    Ini membuktikan, masalah stor Berlatih di kawasan SBCR telah membahayakan nyawa penduduk SBCR.

5)    Kes Kebakaran – Satu kes kebaran kecil berlaku di stor Berlatih, juga kebetulan berlaku pada minggu lepas. Walaupun api Berjaya di kawal, apakah pihak berwajib menutup mata. Adakah selepas berlaku malapetaka baru kita hendak bertindak.

6)    Sampah-sarap dan mencacatkan pandangan. Kawasan SBCR yang dibangun oleh pihak Glomac memang cantik dan mendapat pujian orang luar. Dengan pemandangan waktu petang yang menarik, menjadikan kawasan SBCR, nyaman dan permai. Namun, apakah rasionalnya stor Berlatih dikekalkan dan menyakitkan pandangan mata.

Oleh yang demikian, pihak MySBCR memohon kepada Berlatih, segera pindahkan rumah kongsi dan stor jentera ke kawasan lain dalam masa 36 jam demi keselamatan penduduk SBCR.

Sekian, terima kasih.

Yang benar

MOHD AZAMANIZAM BAHARON

Pengerusi MySBCR

s.k:

  1. YB Datuk Amiruddin Setro, ADUN Jeram
  2. Puan YDP Majlis Daerah K. Selangor
  3. En. Fakaruddin Ismail (Ahli Majlis MDKS Zon 6D)
  4. Pengurus Glomac, S.Utama

_____________________________________________________

Tarikh: 21 hb. September 2011

Pengurus Projek, Glomac Saujana Utama

No.6 Jlan Anggerik 3/1

Sungai Buloh Country Resort

47000 Sungai Buloh Selangor

Tel : 03-6038 6160      Faks : 03-6038 5486

Assalamualakum wbt

Tuan,

MEMOHON DIALOG PENDUDUK MYSBCR DENGAN PEMAJU PROJEK SINAR@SBCR

Adalah dimaklumkan berhubung perkara adalah dirujuk.

Pihak MySBCR telah menerima banyak aduan dan rungutan mengenai kesan-kesan langsung yang kami terima daripada pembinaan dan pembangunan tapak projek di atas kawasan perumahan kami iaitu di Jalan Seroja 1/1 SBCR.

Antara aduan yang diterima ialah:

  1. Kedudukan rumah yang sedang dibina terlalu hampir dengan cerun bukit di belakang rumah Semi-D Jln Seroja 1/1.
  2. Limpahan lumpur dari tapak projek masuk ke dalam rumah dan kawasan sekitar.
  3. Penyelenggaraan yang tidak sempurna di kawasan antara tapak projek dan belakang rumah Semi-D. Tumbuhan liar tumbuh hingga separas dengan rumah, menambahkan masalah lumpur dari tapak projek masuk ke halaman rumah penduduk.
  4. Lori tanah yang keluar masuk dari tapak projek berlumpur, tiada pencucian tayar mengakibatkan jalan bertanah merah.
  5. Dinding Zink yang memisahkan antara tapak projek dengan rumah-rumah penduduk tidak dibuat/dilengkapkan dengan sepenuhnya. (Alasan pemaju, kontraktor nak cepat laksana projek)
  6. Dinding Zink yang rosak ditiup angin, tidak dibaiki dengan segera.

Oleh yang demikian, pihak kami memohon satu dialog dengan pihak tuan bagi kami mengetengahkan perkara-perkara berbangkit di atas agar penduduk-penduduk MySBCR mendapat maklumat dan perhatian yang sewajarnya.

Segala kerjasama pihak tuan terhadap permohonan kami ini saya dahului dengan ucapan terima kasih.

IKHLAS: BIRO ADUAN MYSBCR

s.k:       En. Mohd. Fakaruddin bin Hj Ismail

Ahli Majlis MDKS (S.Utama)

Tel : 012-2680588 / 03-41420424

 

Unit Aduan MDKS

Jabatan Khidmat Pengurusan

Majlis Daerah K.Selangor

Tel: 03-3289 1439   Faks: 03-3289 1101 / 3386