Sekitar Majlis Jamuan Hari Raya MySBCR
MySBCR sekali lagi berjaya menganjurkan majlis sirraturrahim iaitu Jamuan Hari Raya 2011 pada 1 Okt. 2011 yang lalu. Hampir 300 warga MySBCR hadir memeriahkan suasana hari raya dengan memakai pakaian tema hari raya lagi sedondong. Suasana bertambah ceria dengan persembahan Karaoke oleh warga SBCR. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran wakil Tuan Haji Azahari bin Sairin, Setiausaha MDKS iaitu En. Akmal (Pegawai Belia MDKS) dan Kopral Azmi dari Balai Polis Saujana Utama. Turut hadir menerima undangan MySBCR ialah En. Zaid, Pengerusi Persatuan Penduduk SU2 dan En. Mohd. Zakri Iskandar Pengerusi SUTRA.
Jamuan raya disediakan secara gotong-royong oleh warga MySBCR terutama dikalangan para isteri yang merupakan ahli-ahli Biro Wanita. Antara menu yang disediakan ialah lemang, rendang, lontong, soto, satey, nasi impit dan kuah kacang, manisan, buah-buahan dan kuih raya. Kanak-kanak turut bergembira apabila pihak MySBCR memberikan duit raya kepada mereka.
Acara Luckydraw turut menceriakan majlis pada malam tersebut. Hamper-hamper disumbangkan oleh Mydin Mart, Central Mart, Petronas, Klinik Bahiyah dan sumbangan orang-perseorangan. Selain itu, Keluarga En.Shashim telah dipilih sebagai pemenang PakaianĀ Sedondong dengan mengenakan baju raya berwarna biru laut.
Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan Karaoke MySBCR


